SEWA BAS BATU PENDUDUK TERJEJAS COVID-19

JASIN – Pemuda UMNO Bahagian Jasin tidak ketinggalan membantu penduduk dalam Parlimen ini yang terjejas Covid-19.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr. Akmal Saleh menerusi laman sosial Facebooknya berkata, malam semalam kira-kira jam 11 malam dia menerima panggilan telefon dari penduduk Kampung Sebatu berkenaan kes tersebut.

“Saya dimaklumankan terdapat 12 orang kampung yang telah tamat dikuarantin di Maeps Serdang dan dibenarkan pulang pada malam semalam juga.

“Tetapi pengangkutan yang disediakan hanyalah dari Maeps ke hospital Melaka, manakala dari hospital ke rumah adalah atas tanggungan sendiri.

“Tidak dapat saya bayangkan mereka ini yang rata-ratanya sebaya dengan mak dan ayah saya terpaksa menguruskan perjalanan pulang mereka sendiri pada jam 2 pagi, ditambah pula anak mereka sedang dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar dari rumah,” katanya.

Justeru, menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memastikan mereka pulang ke rumah dengan selamat dan teratur.

“Semalam juga kami kerahkan pemuda untuk membawa mereka pulang ke rumah dengan menyewa sebuah bas.

“Alhamdulilah, Allah SWT permudahkan segala urusan dan mereka semua tiba dengan selamat di Kampung Sebatu pada jam 4 pagi walaupun memang mencabar pagi-pagi nak bawa bus dan mengaturkan perjalanan pulang.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada semua pesakit yang datang ke klinik saya malam semalam kerana terpaksa tutup bermula jam 12 malam sebab nak uruskan hal tersebut,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada penduduk kampung terlibat kerana sudi membenarkan mereka berkhidmat.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *