DMDI GESA HENTIKAN KEGANASAN ISRAEL

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

MELAKA – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengutuk sekeras- kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Menerusi kenyataan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam,
Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, DMDI berpandangan bahawa tindakan keganasan Israel ini perlu dihentikan segera.

Ujar beliau, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang menuntut Israel menghentikan segera keganasan yang melanggar hak asasi manusia supaya rakyat palastin hidup aman damai.

“DMDI menuntut negara-negara besar segera mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel supaya Israel dapat pengajaran terutama dalam menghormati hak asasi manusia dan rakyat Palestin dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Kita juga menggesa kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU) , China dan Russia dapat berperanan memberikan tekanan antarabangsa terhadap Israel,” kata beliau.

Tambah beliau, jika keganasan tentera Israel keatas rakyat palastin terus berlaku , PBB perlu menghantar tentera pengaman ke Gaza bagi menghalang tentera Israel terus membunuh rakyat Palestin.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *