Marina Sahabudin
AYER KEROH – Meskipun sudah membuat rayuan, namun Melaka terpaksa akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) terpaksa meneruskan pelaksanaan PKP 3.0 di negeri ini walaupun beliau sudah membuat permohonan untuk diberi kelonggaran aktiviti ziarah dan sambutan raya pada 1 Syawal.
Pelaksanaan PKP 3.0 bermula 12 Mei yang lalu merupakan ‘Hari Mantai’ atau hari penting buat umat Islam melakukan persiapan menyambut raya terutama kaum ibu.
-MF-
Sumber : Fb Sulaiman Md Ali
Post Views: 339