Marina Sahabudin
MASJID TANAH – Pelbagai usaha dilaksanakan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Rabbani dan anak-anak muda dari Youth Care Malaysia (YCM) tidak ketinggalan berkongsi rezeki dengan penduduk Masjid Tanah.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara disumbangkan termasuklah keperluan asas dan mangkuk tingkat berisi ketupat dan rendang.
Beliau juga turut menambah sedikit duit belanja buat semua penerima sempena Aidilfitri bakal tiba.
Katanya, sangat bagus usaha dilakukan Rabbani dan YCM yang mana dapat mendedahkan anak muda kepada aktiviti sukarelawan dan membantu orang lain.
-MF-
Post Views: 440