Marina Sahabudin
MELAKA – EXCO Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman meluangkan masa membuat lawatan, pemantauan dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada frontliner PDRM, ATM dan RELA yang bertugas di SJR Tol Lipat Kajang dan Pos Kawalan PKPD Sebatu.
Pendekatan tersebut sedikit sebanyak meningkatkan sumbangan frontliners terlibat dalam berhadapan situasi Covid-19 semakin meruncing di negeri ini.
Beliau juga menyatuni petugas sukarelawan dalam kawasan PKPD iaitu Muhammad Faiz Zulkarnain, Muhamad Ariffin Fuad, Nazlin Wahab, Nur Zahira Minyak dan Mohd Zaki Adom.
Katanya, mereka adalah hero sebenar.
Kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya oleh Rahmad untuk mendengar aduan dan menyampaikan nasihat berkaitan SOP PKPD kepada penduduk yang terjejas.
-MF-