KS Industrial Tools Malaysia Sdn Bhd (KS) yang ditubuhkan pada Februari 2014, memperkenalkan inovasi teknologi hijau baharu sebagai penyelesaian rawatan air denagn sistem penyejukan HVAC dan juga merupakan pengedar tunggal bagi H2oElite Labs di Malaysia.
Teknologi ini juga yang pertama diaplikasikan di Melaka selepas memperkenalkan teknologi DéScale yang dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah pada Jun 2020.
Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan KS, Erik Wee, DéScale merupakan pelopor teknologi hijau dan dilaksanakan di kebanyakkan sektor kesihatan di Melaka.
“Ianya memberikan penyelesaian rawatan air hijau dan lestari pertama di dalam Sistem Penyejukan HVAC.
“Sehingga 2021, Pusat Perubatan Mahkota, Hospital Pakar Putra dan Hospital Jasin telah melaksanakan penggunaan DeScale dan menunjukkan hasil yang baik,” katanya.
Tambah Eric lagi, sistem ini membekalkan teknologi canggih kepada ‘water conditioning’ yang cekap tenaga, senyap dan mesra alam.
“Setiap peranti dipasang dan beroperasi tepat waktu. Masalah ditimbulkan ‘hard water’ mempunyai kesan buruk dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang kepada masyarakat sama ada di kediaman, komersial ataupun industri.
“Sistem bebas bahan kimia ini tidak hanya menghilangkan masalah berkaitan ‘hard water’ seperti pengumpulan sisik dan hakisan, malah, menjimatkan air, masa serta wang.
“Rawatan air teknologi hijau DéScale menjadi inisiatif pertama di Malaysia menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar,” katanya.
