Marina Sahabudin
BUKIT KATIL – Penduduk setempat yang terjejas banjir terus mendapat perhatian daripada pemimpin setempat.
Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali tidak ketinggalan meluangkan masa melawat mangsa-mangsa banjir di kawasan itu.
Menerusi lawatannya, beliau turut menyampaikan sumbangan bagi mengurangkan beban mangsa terbabit.
Sementara itu, Pemuda UMNO Hang Tuah Jaya turut membantu menyediakan makan malam untuk penduduk di Bukit Beruang Bistari dan Taman Melawis.
Insiatif diharap dapat meringankan permasalahan penduduk terjejas banjir.
-MF-
Post Views: 274