Marina Sahabudin
AYER KEROH – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka bersetuju membuka PKRC COVID-19 MITC Melaka bagi pesakit di negeri ini bagi Kategori 1 dan 2 (Kategori Ringan).
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Alim PKRC MITC dijangka menerima pesakit seawal hari ini dan mampu memuatkan sehingga 1,500 pesakit masing-masing lelaki dan wanita.
Jumlah petugas di PKRC MITC seramai 500 termasuk 200 petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Sekretariat Angkatan Pertananan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi frontliners.
Turut hadir bersama Sulaiaman pada sesi lawatan ke PKRC MITC,
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr. Ismail Ali dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohd Nasrul Menhat.
-MF-
Sumber : FB Sulaiman Md Ali