Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus berdiri bersama dalam membantu melawan wabak COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi paman sosial Facebook miliknya berkongsi, ATM telah mendirikan wad ICU secara ICU medan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang berikutan peningkatan kes COVID-19 bermula 16 Mei lalu.
Ujar beliau, buat masa ini, ATM sudah mendirikan tiga hospital medan untuk pesakit ‘Non COVID’ iaitu di Tawau, Sabah, Pokok Sena, Kedah, dan Kapit, Sarawak.
ATM juga mewujudkan hospital medan di MAEPS bersama KKM yang berkapasiti 8,000 katil dalam membantu KKM merawat pesakit COVID-19.
-MF-
Post Views: 286