Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini sebuah portal media tempatan melaporkan dakwaan mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan kutipan ufti terhadap peniaga.
Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Dato Jawahar Ali Taib Khan, tampil menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan DBKL menjawab dakwaan tersebut.
Menurut beliau yang juga pemilik Restoran Ali Maju itu, bukan sahaja Menteri perlu menyiasat dakwaan panas ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur juga perlu melakukan siasatan dalaman mengenainya.
“Saya didatangi oleh penguatkuasa dan salah seorang daripada mereka bertanya tentang ufti.
“Bagaimanapun, laporan polis dan aduan SPRM telah dibuat dan kami masih lagi menanti hasil laporan tersebut serta tindakan susulan pihak berwajib,” katanya.
-MF-