PEMERKASA TAMBAHAN BUKTI KEPRIHATINAN PM

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

NEGERI SEMBILAN – Pemerkasa Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi sidang media khas Bantuan PKP 3.0 adalah langkah penting yang sangat diperlukan.

Begitulah pandangan Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Utama Mohamad Hasan.

Ujar beliau, dengan meningkatkan kapasiti kesihatan awam adalah intervensi kritikal pada masanya.

“Malaysia sangat memerlukan lebih banyak ICU, sumber tenaga dan program vaksinasi. Menyedari kekangan fiskal Kerajaan, amatlah penting setiap sen peruntukan untuk peningkatan kapasiti sektor kesihatan awam ini dimanfaatkan dengan telus dan mendatangkan impak sebaiknya.

“Kita tidak mahu pelaksanaannya nanti terjadi ketirisan, ketidakcekapan sistem serta pembaziran.

“Peruntukan yang banyak mesti mendatangkan impak berganda. Kita mesti mengambil pengajaran dari pembangunan sistem pendaftaran vaksinasi, yang walaupun besar tetapi tidak berfungsi dengan baik dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial facebook milik beliau.

Tambah Mohamad, Bantuan Prihatin Rakyat juga sangat bertepatan dengan keadaan semasa.

“Kerajaan sedaya upaya berusaha meluaskan bantuan ini kepada seramai mungkin rakyat. Mungkin strategi ini boleh diperbaiki dengan memastikan golongan paling terjejas menerima lebih banyak bantuan.

“Ekuiti dalam pengagihan bukan bermakna semua mendapat bantuan yang saksama. Mereka yang memerlukan lebih wajar menerima lebih banyak dan yang kurang terjejas, menerima sekadarnya,” katanya.

Menurut beliau lagi, keputusan Jemaah Menteri untuk tidak mengambil gaji bagi tempoh 3 bulan adalah disambut baik.

“Namun ia janganlah sekadar gaji. Ia mesti termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang selalunya lebih banyak dan tinggi, mengatasi gaji para Menteri.

“Kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis segenting ini adalah kemestian yang sepatutnya telah lama dipamerkan.

“Kepada Perdana Menteri, semoga segala insentif Pemerkasa Tambahan yang diumumkan akan segera dilaksanakan tanpa berlengah, dengan telus, amanah dan cekap,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *