PERGINYA SEORANG INSAN SENI

Marina Sahabudin

MELAKA – Nama insan seni ini tidak asing lagi dalam kalangan peminat Dondang Sayang khususnya di negeri ini.

Diangkat sebagai tokoh Dondang Sayang Melaka, G Meenachi dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Melaka kira-kira jam 7.18 malam semalam.

Kehilangan anak seni berusia 91 tahun yang berketurunan Chetti itu sangat dirasai sementelah beliau banyak berjasa kepada negeri ini.

Sedikit mengenai mendiang, beliau dilahirkan pada 4 Januari 1930 dan amat fasih berbahasa Melayu berbanding Bahasa Tamil.

Beliau mula melibatkan diri dengan pantun dan dondang sayang serta mewarisi bakat seni berpantun daripada keluarganya seawal usia 10 tahun.

Ibunya merupakan pemain rebana dan bapanya pula pemain muzik.

Minat Meenachi dalam berpantun berjaya diasah dan pernah mendapat bimbingan penggiat dondang sayang terkenal, Baba Kim Teck.

Semasa hidupnya, beliau turut mendapat penghargaan daripada kerajaan negeri serta JKKN Melaka kerana jasanya dalam memartaatkan seni pantun.

Antara sumbangan beliau sebagai Penggiat Seni Dondang Sayang sempena Panggung Seni Tradisional Cak Kun Cak pada tahun 2019.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *