Halimah Khaidzir
MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali santuni ‘frontliners’ yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang tempoh penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama sehingga 14 Jun ini.
Frontliners keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ini bertugas di tiga SJR iaitu di SJR Kuala Linggi, SJR Cherana Puteh dan SJR Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Kehadiran Sulaiman dan Ab Rauf disambut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Razali Abu Samah.
Kesempatan tersebut merupakan satu penghargaan kepada frontliners terlibat.
-MF-