Halimah Khaidzir
MELAKA – 2 kluster baharu dikenalpasti di negeri ini iaitu Kluster Industri Bukit Nian dan Kilometer 35 Kemendor yang melibatkan 94 kes.
Kluster Industri Bukit Nian, Alor Gajah melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Nian, Kampung Sungai Siput.
Kluster Kilometer 35 Kemendor pula melibatkan individu-individu yang mengadakan aktiviti sempena sambutan perayaan di Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menegaskan di laman sosial Facebook miliknya, supaya rakyat Melaka patuh SOP yang ditetapkan kerajaan dan hanya keluar rumah jika perlu sahaja.
-MF-
Post Views: 249