ANGKARA COVID, KELUARGA RAYU BANTUAN

Tanjung Kling, 15 Jun:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah gambaran yang boleh diumpamakan bagi keluarga Syarafuddin Ismail, 32 sejak hilang punca pendapatan angkara Covid-19.

Syarafudin diuji dugaan berganda apabila terpaksa berhenti kerja demi menjaga empat orang anak berusia 12, 11 dan 8 termasuk anak bongsunya, Nur Syalia Khalilah Syarafuddin, 6, yang menghidap kanser leukimia selepas isterinya, Siti Khadijah Nazri, 33 disahkan sebagai pengidap positif Covid-19 tahap 4 dengan gejala asma kronik.

“Sudah beberapa hari isteri berada di Hospital Melaka, jadi tiada sesiapa yang dapat menjaga anak-anak jika saya keluar bekerja. Pilihan yang ada terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada anak-anak,” katanya kepada MelakaFirst.

Lebih merisaukan, Syarafudin yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori,
mereka sekeluarga terputus wang belanja apatah lagi anak bongsu memerlukan penjagaan khusus dan bergantung pada susu jenis Pediasure berharga RM173.00 sekotak yang hanya bertahan untuk tempoh sebulan sahaja.

“Setakat ini kami masih menerima bantuan daripada sumbangan kebajikan dan pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Bagaimanapun keperluan untuk anak-anak tidak mencukupi. Saya mungkin terdesak untuk meneruskan kehidupan, jadi amat berharap jika ada pihak yang sudi membantu meringankan keperluan kami sekeluarga terutama untuk anak bongsu,” katanya.

“Isteri dan ibu saya yang kedua-duanya positif Covid-19, dimaklumkan pihak hospital dalam keadaan kritikal dan ‘ditidurkan’ ketika ini.
Ternyata perkhabaran ini sangat meruntun jiwa dan saya tertekan dengan bebanan yang dihadapi sekarang,” ujarnya.

Kepada mana-mana pihak yang bermurah hati dan ingin menghulurkan bantuan boleh mengunjungi keluarga tersebut di No 200-2 KM12
Jln Kg Gelam
Tanjung Kling.

atau menyerahkan bantuan melalui akaun bank Syarafuddin Ismail:

No account : 02600197775
Bank : Hong Leong Bank
Nama : Syarafuddin bin Ismail
No tel : 01131981878 call
01111604130 whatsapp

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *