HOSPITAL MELAKA BUKA PPV KHAS DI MASJID AL-AZIM

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA- Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas buat golongan pesakit berisiko tinggi telah dibuka di ruang legar auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah menerusi Program Outreach Vaksinasi COVID-19.

Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Melaka, Dr. Mohd Rosli Tompang berkata, masjid yang terletak kira-kira 600 meter dari Hospital Melaka itu memudahkan sebarang urusan kecemasan, sekiranya berlaku kesan sampingan selepas suntikan vaksin terhadap pesakit berisiko tinggi berkenaan.

“Golongan pesakit berisiko tinggi ini akan dipantau tahap kesihatan mereka selepas menerima suntikan. Jika tiada masalah, mereka akan dibenarkan pulang manakala jika ada kesan selepas mendapat suntikan, mereka akan terus dihantar ke Hospital melaka untuk menerima rawatan susulan,“ katanya.

Menurut beliau, tiga kriteria pesakit tinggi yang dipilih untuk mengambil suntikan di PPV khas itu ialah, pesakit yang mempunyai sejarah alahan teruk dengan ubat-ubatan, mempunyai daya ketahanan rendah seperti pesakit barah, dan pesakit mempunyai masalah pendarahan.

Menurut Mohd Rosli lagi, PPV khas itu beroperasi mulai 7:30 pagi hingga 4 petang setiap Isnin hingga Jumaat, dengan penerima vaksin dipilih daripada senarai pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan serta swasta.

SUMBER: BERNAMA

Halimah Khaidzir

Halimah Khaidzir

Artikel Berkaitan

MELAKA CADANG SEDIA MESIN AED

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT AYER KEROH – Melaka bercadang menempatkan mesin AED (automated external defibrillator) di kawasan tumpuan orang ramai bagi membantu menyelamatkan

LEYPARK STATION TARIKAN BAHARU DI MELAKA

Marina Sahabudin AYER KEROH – Berkesempatan menjejakkan kaki di Pasar Malam Leypark Station yang beroperasi di Dataran Sejarah di sini memberi gambaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *