ZOO MELAKA PERLU RM600,000 SEBULAN TAMPUNG KOS OPERASI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA – Zoo Melaka memerlukan kira-kira RM600,000 sebulan bagi menampung kos operasi keseluruhan pusat pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan itu yang terpaksa ditutup sementara susulan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Majlis Perbandaharaan Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 spesies yang ditempatkan di zoo berkenaan.

“Zoo Melaka memerlukan sekurang-kurangnya 250 kilogram makanan berupa daging, ayam atau lembu, tidak termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Zoo Melaka yang sudah hampir enam bulan tidak beroperasi memang terjejas dan rugi namun MPHTJ menampung kos berkenaan khususnya pembelian makanan haiwan selain mendapat sumbangan daripada badan bukan kerajaan, syarikat swasta, kerajaan dan individu bagi meneruskan kelangsungan pusat ini,” katanya.

Tambah beliau, diet makanan bagi haiwan berkenaan tidak boleh dicatu sewenang-wenangnya bagi memastikan haiwan tersebut mendapat nutrisi diperlukan mengikut saranan pegawai veterinar yang memantau tahap kesihatan haiwan di zoo tersebut.

Beliau berkata demikian selepas Program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin: Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Tempatan yang turut dihadiri Timbalan Menteri MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), Datuk Ghazale Muhamad.

SUMBER: BERNAMA

Halimah Khaidzir

Halimah Khaidzir

Artikel Berkaitan

MELAKA CADANG SEDIA MESIN AED

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT AYER KEROH – Melaka bercadang menempatkan mesin AED (automated external defibrillator) di kawasan tumpuan orang ramai bagi membantu menyelamatkan

LEYPARK STATION TARIKAN BAHARU DI MELAKA

Marina Sahabudin AYER KEROH – Berkesempatan menjejakkan kaki di Pasar Malam Leypark Station yang beroperasi di Dataran Sejarah di sini memberi gambaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *