TINGKAT DAYA SAING PKS

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

MELAKA – SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Georgia akan menganjurkan Program Webinar Malaysia – Georgia (Promising Market for SMEs in Malaysia and Georgia) sempena kerjasama bersama Enterprise Georgia melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 28 Jun 2019.

MoU ini telah ditandatangani untuk meningkatkan daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dan Georgia di pasaran global.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau berpeluang berkongsi mengenai senario terkini perdagangan, program dan latihan dibawah SME Corp, berserta inisitiatif kerajaan dalam mempromosikan perniagaan diatas talian dan bantuan pasca-COVID.

“Perbincangan turut disertai Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri Georgia, H.E Alexander Khvtisiashvili yang berkongsi situasi terkini SMEs di Georgia.

“Diharap program sebegini dapat memberi manfaat kepada PKS Malaysia menerusi pendedahan mengenai amalan perniagaan terbaik di peringkat antarabangsa dan mewujudkan jalinan perniagaan di kalangan PKS Malaysia dan Georgia,” katanya.

-MF-

Halimah Khaidzir

Halimah Khaidzir

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *