GAVIN GREEN KE TOKYO

KUALA LUMPUR – Pemain golf professional negara, Gavin Green mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini selepas menduduki ranking ke 56 daripada 60 pemain golf dalam Ranking Olimpik di akhir tempoh kelayakan semalam.

“Mewakili negara sememangnya satu penghormatan buat saya dan menyertai peringkat Olimpik untuk kali kedua adalah lebih istimewa. Saya memang menantikan saat ini,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Menurut kenyataan tersebut, Gavin mengumpul mata dengan konsisten daripada Jelajah Eropah sebaik sahaja pertandingan jelajah itu bermula selepas sekatan perjalanan di seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19 awal tahun ini.

Pencapaian terbaiknya adalah tempat ketiga di Antarabangsa Saudi, Februari lepas.

Sementara itu, Persatuan Golf Malaysia (MGA) berkata adalah ‘selamat’ untuk mengatakan seorang lagi pemain golf negara, Kelly Tan, 27, akan layak ke Sukan Olimpik Tokyo buat kali kedua berturut-turut.

“Pada masa ini beliau berada dalam keadaan selesa di kedudukan ke 41 Ranking Olimpik di hadapan tarikh akhir penentuan 28 Jun ini.

“Mereka bekerja keras biarpun berhadapan cabaran semasa pandemik untuk mengekalkan dan memperbaiki kedudukan dalam ranking Olimpik melayakkan diri buat kali kedua,” kata Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

SUMBER: BERNAMA

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *