PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RINGAN BEBAN RAKYAT, PENIAGA

Marina Sahabudin

AYER KEROH – Pakej rangsangan ekonomi diumumkan kerajaan negeri bernilai hampir RM175 juta antara usaha terbaik meringankan beban rakyat dan peniaga terkesan pandemik Covid 19.

Menerusi pakej ini terdapat 60 initisiatif yang bakal memberi manfaat melibatkan sektor ekonomi yang pastinya mendatangkan kebaikan kepada penduduk negeri ini.

Antara yang mendapat faedah termasuklah golongan pelajar, nelayan, usahawan kecil dan sederhana, asnaf, penarik beca, pemandu bas, pengawal keselamatan dan pemandu Grab.

Menerusi laman sosial Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, beliau yakin pakej ransangan diketengahkan bersifat inklusif, komprehensif, mesra rakyat serta “pro-business.”

“Ia turut memastikan tiada yang terpinggir dan tertinggal atas prinsip “no one is left behind,” katanya semasa mengadakan sesi Facebook Live Kerajaan Negeri dan Pejabat Ketua Menteri.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hashim Hasan dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Zaidi Johari.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *