Marina Sahabudin
MELAKA – Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka menyediakan
perkhidmatan pengangkutan percuma bagi penerima vaksin khususnya di dalam Kota Melaka.
Pendekatan tersebut bertujuan memudahkan urusan vaksin melibatkan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Sedikit sebanyak usaha ini dapat membantu mengurangkan bebanan bakal penerima vaksin di negeri ini.
Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut boleh hubungi 013-9710081 (Amer) atau 019-2020495 (Kimi).
-MF-
Post Views: 389