PENUHI JANJI TEMU VAKSIN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

MELAKA – Rakyat Melaka dinasihati memenuhi janji temu vaksin ditetapkan bagi mengelakkan kesukaran dan kelewatan penerimaan vaksin pada masa akan datang.

Sehingga kini, JKNM melaporkan sebanyak 159,159 dos suntikan vaksin COVID-19 sudah diberikan kepada penduduk negeri ini, dengan kira-kira 100,000 daripadanya membabitkan dos pertama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata demikian menerusi laman sosial facebook miliknya rentetan tinjauan dilakukan beliau di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Negeri Melaka iaitu di PPV Sungai Udang, PPV Bunga Tanjung, Tanjung Minyak dan PPV Klebang.

Turut serta, EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Negeri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Datuk Dr. Ismail Ali.

Menerusi lawatan itu, beliau berpuas hati dengan kemudahan serta penambahan beberapa lagi PPV di Negeri Melaka dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *