HALIMAH KHAIDZIR
KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semakin pulih.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dijangka dibenarkan keluar daripada IJN dalam masa terdekat.
“Keadaan beliau semakin pulih. Pada saya, beliau dalam keadaan ceria dan teruja untuk segera kembali bersama dengan masyarakat,” kata Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS, kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin secara ‘Outreach’, anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan Kesom.
-MF-
Post Views: 271