BANTUAN RAWATAN GOLONGAN TERKESAN

Marina Sahabudin

JASIN – Individu yang terkesan daripada segi ekonomi akibat pandemik ini dan mempunyai masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan di klinik Dr. Akmal Saleh.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial rasmi Facebook miliknya.

Katanya, sesiapa sahaja boleh hadir ke klinik tersebut dan maklumkan kepadanya ataupun staff jika tidak berkemampuan.

‘Insya-Allah daripada segi kos rawatan akan kami bantu sama ada anda bayar semampu yang mungkin ataupun jika tidak mampu kami akan berikan rawatan secara PERCUMA seperti yang mmg kami amalkan sejak dari dahulu.

“Yang paling penting orang tersayang anda mendapat rawatan yang sepatutnya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu membawa bendera putih, cukup sahaja dengan maklumkan kepada pihaknya.

“Selagi termampu, kami akan bantu sedaya upaya,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *