Halimah Khaidzir
MELAKA – MAIM Industries Sdn. Bhd. mengagihkan kit makanan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, mi segera, sardin tin, garam, dan susu ke seluruh Negeri Melaka.
Sumbangan tersebut disampaikan menerusi program Tabung Musa’adah yang bermula sejak Februari 2021 sehingga kini.
Sebanyak 7000 kit telah diberikan kepada golongan yang memerlukan.
MISB juga bekerjasama dengan JKM dan MAIM bagi menyalurkan bantuan makanan bulanan kepada lebih 1000 penerima bernilai RM200.
Bertanggungjawab mengendalikan program ini adalah, Pengurus MAIM Industries Sdn. Bhd., Shahfulrizal bin Abu Bakar.
Proses pembungkusan pula dilakukan oleh staf operasi MISB.
-MF-
Post Views: 670