Marina Sahabudin
JASIN – Sumbangan bakul rezeki menjadi medium meringankan bebanan penduduk setempat.
Usaha dilaksanakan ADUN Rim, Datuk Ghazale Mohamad itu diharap dapat mengurangkan tekanan masyarakat yang terkesan akibat Covid 19.
Kali ini, pelbagai makanan basah seperti ikan disumbangkan kepada penduduk di Taman Mesra Rim.
Pengagihan dilakukan mengikut SOP dan kaedah pandu lalu oleh Ghazale serta Jawatankuasa UMNO Cawangan Rim Mesra.
Turut serta Pengerusi Surau Ar Rayyan, Taman Mesra Rim dari rumah ke rumah penduduk di taman ini.
-MF-
Post Views: 332