KEMPEN JASIN SIFAR BENDERA PUTIH

Marina Sahabudin

JASIN – Orang ramai yang melihat jiran-jiram ataupun mana-mana rumah yang menaikkan bendera putih diminta memaklumkan kepada Pemuda UMNO Bahagian Jasin.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, ia penting supaya pihaknya dapat menyalurkan bantuan dengan kadar segera tanpa sebarang protokol merumitkan.

Tegasnya, tiada sebarang dokumentasi diperlukan, cukup hanya dengan maklumkan kepada nama dan alamat sahaja.

“Insya-Allah kami akan usahakan bantuan secepat yang mungkin.

“Justeru, jika ternampak bendera putih ataupun anda sendiri berada dalam keadaan sukar untuk mendapatkan bantuan, jangan malu jangan segan boleh terus hubungi kami,” katanya.

Pendekatan tersebut diharap dapat meringankan beban ditanggung rakyat pada musim PKP ini dan inilah masa untuk membantu sesama kita.

Sama-sama kita jadikan Jasin sifar bendera putih.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *