NASIB 5 SEKELUARGA TERBELA

Marina Sahabudin

MELAKA – Nasib lima sekeluarga yang tular kerana terpaksa tinggal menyewa dalam sebuah bilik sempit di Jalan Munsyi Abdullah sejak tiga tahun lalu terbela.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi laman sosial rasmi Facebooknya berkongsi mengenai perkembangan terbaharu keluarga berkenaan.

Jelasnya, beliau bersyukur keluarga tersebut sudah berpindah di kediaman sementara di Rumah Pangsa Kampung Padang.

“Saya berpuas hati apabila Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dapat mencari kediaman baharu buat Syed Sidiq Shahabudin Syed Abdul Aziz, isterinya, Erala Ismail serta tiga anak mereka berusia antara 10 hingga 16 tahun.

“LPM juga difahamkan akan menampung bayaran sewa rumah transit itu sementara menunggu rumah baharu keluarga itu siap dibaik pulih tiga minggu lagi,” katanya.

Beliau juga meminta Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan segala bentuk bantuan asnaf untuk keluarga berkenaan termasuk bantuan bulanan, bantuan makanan, kelengkapan persekolahan dan lain-lain peruntukan yang bersesuaian.

Sebuah motosikal turut disumbangkan kepada Syed Sidiq supaya dia dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Sulaiman turut berterima kasih kepada NGO dan orang Melaka yang terus prihatin dalam menyalurkan maklumat dan bantuan kepada golongan yang terkesan khususnya dalam tempoh cukup sukar sekarang ini.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *