CHONG WEI SAH TIDAK KE OLIMPIK TOKYO

KUALA LUMPUR – Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan perkara itu berkata, Chong Wei mengekalkan jawatan CDM berkenaan berdasarkan pendirian dibuat Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami tetap pendirian dengan MOM untuk mengekalkannya sebagai CDM kerana Chong Wei merupakan nama yang amat besar dan signifikan serta cukup kuat dlam hati, sanubari dan minda rakyat Malaysia.

“Aspek pengurusan atlet di Tokyo pula akan dikelolakan Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan beliau juga akan tinggal bersama mereka di perkampungan sukan di sana nanti,” katanya.

Reezal Merican berkata, ketiadaan Chong Wei di Tokyo bukanlah satu masalah kerana hakikatnya, edisi kali ini berlangsung dalam keadaan yang cukup berbeza ekoran pandemik COVID-19 dan memberi jaminan Chong Wei akan terus berhubung dengan kem Malaysia tanpa sebarang kekangan.

SUMBER: BERNAMA

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *