Halimah Khaidzir
MELAKA – 2 kluster baharu dikeaan dari negeri ini melibatkan 51 kes dari daerah Melaka Tengah.
Kluster Jalan Tun Razak, Peringgit melibatkan pekerja sebuah pasar raya yang terletak di jalan tersebut.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 29 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Jun 2021.
Manakala satu lagi kluster iaitu Jalan Industri Jalan TMP Lapan melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia, 22 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 juga hasil saringan individu bergejala.
-MF-
Post Views: 271