MUFC OPTIMIS BANGKIT PADA BAKI SAINGAN LIGA SUPER 2021

MELAKA – Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) optimis mampu beri tentangan sengit pada saingan Liga Super musim ini yang seterusnya, selepas berjaya membentuk keserasian antara pemain lama dan baharu, menerusi kem latihan pusat secara dalam kuarantin.

Ketua Jurulatih MUFC, Zainal Abidin Hassan berkata latihan selama dua minggu itu berjalan lancar dan menjadi medan kepada barisan pemain untuk mempertingkatkan tahap permainan dan persefahaman, sebelum saingan Liga Super dijadual bersambung semula pada 24 Julai depan.

“Para pemain mempamerkan kesungguhan dan keserasian mereka dalam tempoh laihan ini, kami juga lebih mengenali satu sama lain.

“InsyaAllah kita percaya pasukan ini mampu menjadi lebih mantap dan bangkit pada baki perlawanan liga seterusnya nanti,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *