PENDUDUK ORANG ASLI TERIMA VAKSIN

ALOR GAJAH – Kira-kira 230 penduduk di Kampung Orang Asli Bukit Payung di sini mendapatkan suntikan dos pertama vaksin.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau melihat usaha tersebut diterima baik dalam kalangan Orang Asli di sini.

Menurutnya, pada asalnya hanya 139 orang sahaja setuju pada bulan April lalu untuk mendapatkan vaksin.

“Bagaimanapun, jumlah itu bertambah dan semestinya bagi pihak kerajaan, kita akan pastikan jumlah penduduk orang Asli yang mendapatkan vaksin akan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada pihak KPLB ( PPV Bas Bergerak MARA ), JAKOA dan Pusat Kesihatan Daerah bagi melancarkan proses vaksinasi tersebut.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Bandar 2, Datuk Henry Sum Agong.

Pada majlis ini, turut disediakan PPV Bas Bergerak Mara Line bagi memastikan urusan pemberian vaksin berjalan lancar dan cepat.

Turut membantu hari ini, Sukarelawan Masjid Tanah ( SMART ) yang bersama dalam menyantuni penerima vaksin daripada segi pendaftaran sebagainya.

-MF-
Sumber : FB Mas Ermieyati

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *