MPHTJ SANTUNI PENJAJA DUN KESIDANG

Marina Sahabudin

KESIDANG – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil peluang menyantuni penjaja di Dun Kesidang sempena inisiatif Melaka Bebas Berniaga.

Lawatan diketuai Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Turut serta menerusi pantauan tersebut EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee, Ketua WHIP MPHTJ, Mohd Kamarudin Kasim dan Ahli Majlis Kawasan MPHTJ, Rosli Md Nor.

Pada program itu, penjaja diberikan taklimat mengenai Pakej Rancangan Kerajaan Negeri Melaka dan memohon penjaja agar menjaga 3K – Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan serta memperketatkan SOP dan jarak sosial setiap penjaja.

Inisiatif ini sejajar dengan Pakej Ransangan Kerajaan Negeri Melaka menjadi MELAKA BEBAS BERNIAGA Tahun 2021 dan akibat ada segelintir Masyarakat terjejas akibat Pendemik COVID 19 ini.

Kepada semua penjaja kecil dan sederhana berikut adalah garis panduan kepada semua untuk meneruskan dan memulakan perniagaan berikutan Pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sebarang permohonan boleh terus ke pejabat MPHTJ untuk membuat permohonan atau terus hubungi kami di talian 06-2323773 (Jabatan Perlesenan dan Komuniti).

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *