Marina Sahabudin
MELAKA – Orang ramai diminta meningkatkan tanggungjawab menjaga kebersihan, bukan sahaja di tempat tinggal, malah di kawasan persekitaran mereka.
Menerusi laman sosial Facebook SWM Environment Sdn Bhd pelbagai kaedah digunakan bagi memudahkan masyarakat untuk membuang sisa sampah termasuklah di tong sampah yang telah disediakan.
Selain itu, kita juga digalakkan mengikat kemas bungkusan sampah dan pastikan tong sampah sentiasa ditutup itu supaya tidak digeledah oleh haiwan liar.
Pada masa sama, orang ramai boleh merujuk papan tanda jadual perkhidmatan SWM Environment di kawasan anda bagi mengenalpasti hari kutipan sampah di tempat anda.
SWM Environment turut beroperasi seperti biasa di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan dikenalpasti.
Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan SWM Environment, sila hubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472.
-MF-