63 PREMIS GAGAL PATUH SOP DIARAH TUTUP

Halimah Khaidzir

KUALA LUMPUR – 63 premis termasuk kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, pada 11 Julai lepas.

Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata melalui laman sosial Facebook beliau, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh daripada segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan yang beroperasi.

Menurut beliau, kerajaan tidak bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan COVID-19 juga mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil.

Kilang-kilang, premis-premis perniagaan dan tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi diharapkan tidak melanggar arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *