KEPUTUSAN MT WAJAR – UMNO MELAKA

MELAKA – Badan Perhubungan UMNO Melaka menyokong keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Timbalan Pengerusi UMNO MELAKA, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menyifatkan keputusan tersebut sebagai wajar dan tepat.

Menurut beliau, ia berdasarkan ketetapan diambil daripada suara akar umbi seperti diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“MT tidak boleh meletakkan kepentingan atau pandangan mereka melebihi kepentingan Perhimpunan Agung lalu kerana keputusan itu sudah menggambarkan kehendak tiga juta ahli mengikut apa juga keadaan sekalipun.

“UMNO juga secara keseluruhan tidak meletakkan kepentingan parti kepada satu atau dua individu semata-mata, tetapi, harus meletakkan kepentingan suara akar umbi yang menentukan bahawa apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Tambah beliau, sebagai ahli MT mereka perlu memperhalusi apa juga pandangan atau kehendak ahli di peringkat bawah itu sendiri,” katanya.

-MF-
Sumber : Utusan online

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *