Marina Sahabudin
TELOK MAS – Pelbagai inisiatif dilaksanakan dan disusun ADUN Telok Mas, Datuk Noor Affendi Ahmad bagi memastikan nasib penduduk setempat terus terbela.
Antaranya adalah :
1) 10 Julai – 31 Julai, Cabaran Tab Anak-Anak DUN Telok Mas : 24 tablet jenama Lenovo bernilai keseluruhan RM15000 untuk anak-anak gunakan untuk belajar dengan menyertai pertandingan video ‘Saya Dan Cita-Cita.’
2) 15 Julai – 31 Julai, Projek Mesin Rumput Rezeki : 10 set mesin rumput berjenama luar negara untuk 10 orang yang memerlukan dan berjanji untuk menggunakannya bagi mencari rezeki / menambah pendapatan. Kesemua set ini bernilai terkumpul sebanyak RM5000.
3) 1 Ogos – 15 Ogos, Projek Asas Menjaja Rezeki: 10 set khemah dan kit asas peralatan dengan nilai keseluruhan RM5000 bagi memulakan bisnes menjaja makanan untuk 10 orang yang mahu mencari rezeki / menambah pendapatan.
4) 15 Ogos – 31 Ogos, Projek Video Masakan 5 Minit: Galakan berkongsi bakat memasak makanan yang sedap dan berkualiti dengan cepat dan bersih dengan hasrat dapat dijadikan sumber menambah pendapatan. 10 pemenang dengan hadiah terkumpul RM5000 untuk dimenangi lalu dijadikan modal awal.
5) September / apabila kita memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara : Projek Gunting Rambut Rezeki: Kelas menggunting rambut dan motivasi perniagaan beserta kit permulaan menggunting rambut untuk 15-20 orang yang memerlukan dan mahu menjadikan gunting rambut sebagai sumber rezeki / pendapatan tambahan. Projek ini bernilai RM5000 keseluruhannya.
Ujar Noor Affendi, semoga inisiatif kecil ini dapat membuka peluang menambah pendapatan atau ilmu secara berpanjangan buat rakyat tersayang yang bersemangat dan mahu berusaha.
Maklumat lanjut akan diwar-warkan di laman sosial Facebook beliau dari semasa ke semasa mengikut tarikh-tarikh sasaran projek-projek tersebut akan dilaksanakan.
-MF-