KU LI SEDIA JADI PM INTERIM

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang dikenali sebagai Ku Li itu berkata, sesiapa sahaja termasuk akan memikul tanggungjawab tersebut demi kepentingan rakyat

“Kalau dengar kepada banyak laporan takut kita hendak mencuba, tetapi sesiapa sahaja mesti memikulnya kerana demi kepentingan rakyat dan negara, kerana ia satu tangungjawab, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam sebuah program bual bicara Bersama Ku Li yang disiar di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Pada 24 Februari tahun lalu, Malaysia buat pertama kalinya mempunyai Perdana Menteri Interim apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menerima peletakan jawatan itu, bagaimanapun kemudiannya telah berkenan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.

Pelantikan itu adalah sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

-MF-

SUMBER: AWANI

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *