Marina Sahabudin
JASIN – Pelbagai usaha dilaksanakan bagi meringankan bebanan rakyat sepanjang pandemik Covid-19 berlaku di negara ini.
Antaranya termasuklah sumbangan kita makanan menerusi program MAFI Prihatin.
Program dijalankan di Kampung Chenderah di sini disempurnakan ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Mohamad mewakili Timbalan Menteri Pertanian 1.
Ujar Ghazale, semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan kerisauan dan kesusahan ditanggungi khususnya bagi golongan memerlukan dan terputus bekalan makanan.
Hadir sama Timbalan Pengarah FAMA Negeri Melaka, Amir Azlan Jamil, Setiausaha Japerun Rim, Zulkifli Kalil dan Pengerusi JPKK Kg Chenderah, Aini Abu Samah.
Turut membantu, kakitangan Japerun Rim dan warga FAMA Melaka.
-MF-
Post Views: 216