E-BAZAAR PLATFORM PROMOSI MELAKA

Marina Sahabudin

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka menerusi Tourism Melaka dengan kerjasama Lazada Malaysia melancarkan Kempen Promosi Melaka E-Bazaar “Buy Now, Travel Later”.

Ia sebagai platform mempromosi Negeri Melaka di LAZADA bermula pada 7 Julai lalu sehingga 30 September 2021.

Pendekatan tersebut bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO Ke-13.

Sebanyak RM100,000 ‘e-voucher’ berbentuk kupon diskaun sehingga 50 peratus boleh dinikmati pengguna bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan pelancongan ditawarkan lebih 1,000 usahawan dan penggiat industri pelancongan negeri Melaka.

Apa tunggu lagi. Jom membeli-belah di Page Melaka E-Bazaar “Buy Now, Travel Later” LAZADA

https://lzd.co/MelakaEbazaar

-MF-
sumber : Facebook Sulaiman Md Ali

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *