TINGKAT KERBERSIHAN MEDAN SELERA

Marina Sahabudin

JASIN – Kempen kebersihan premis makanan khususnya medan selera terus dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak ketinggalan menyertai Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2021 dianjurkan Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT bagi merealisasikan usaha tersebut.

Ia penting bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan medan selera terpilih mencapai gred B ke atas.

Bagi kawasan pentadbiran MPJ, Medan Selera Merlimau Point terpilih menyertai kempen ini dan MPJ mengambil langkah proaktif menyahut cabaran kempen tersebut dengan menganjurkan aktiviti gotong royong pada bulan Mac lalu dan pengredan setiap premis yang ada di Medan Selera Merlimau Point.

Di samping itu, risalah amalan pengendali makanan dan perangkap LILATI kepada pemilik premis di Medan Selera Merlimau Point turut diedarkan.

Sehubungan itu, MPJ meminta pemilik premis makanan agar sama-sama menjaga kebersihan premis dan pengendali makanan terlibat di samping pematuhan SOP.

-MF-
Sumber : Facebook MPJ

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *