Marina Sahabudin
MELAKA –
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka membuat penjelasan berkaitan kejadian 53 pekerja warga asing dari sebuah kilang
dibawa ke PPV Awam, Dewan Haji Ahmad Ithnin (DHAI)
15 Julai lalu bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
EXCO Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, beliau memohon maaf atas kejadian itu dan akan memastikan perkara
sama tidak berulang.
Menurutnya, langkah
penambahbaikan dengan memastikan warga asing di sektor industri akan diambil yang mana vaksin hanya diberikan di PPV khas seperti PPV industri berbayar dan seumpamanya.
“Pekerja asing yang telah mendapat notifikasi MySejahtera telah diarah untuk ditangguhkan dan diberi temujanji ke
PPV Industri di masa akan datang.
“Daripada 53 warga asing tersenarai dalam Sistem Myvas Mysejahtera dan hadir, seramai 39 orang telah disuntik (31 warga Bangladesh, 4 warga Nepal dan 4 warga Indonesia).
“Manakalan, 14 orang lagi warga asing telah diarahkan pulang dan menunggu giliran vaksinasi di PPV
Industri,” katanya dalam satu kenyataan media.
Jelas Rahmad, bagi kes pekerja asing yang telah menerima Dos 1 di PPV Awam pada hari berkenaan, temujanji Dos 2 akan diberikan di PPV industri pada 5 Ogos nanti.
“Semakan juga dijalankan kepada pihak MySejahtera KKM / MOSTI
memaklumkan bawah kesemua 53 orang pekerja warga asing tersebut
adalah pendaftar yang sah di MySejahtera dan MySejahtera tidak membezakan warganegara atau tidak bagi pemilihan penerima vaksin,” katanya.
-MF-