MPJ TURUN PADANG SANTUNI FRONTLINER

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Zya Fauzi

JASIN – Bagi mengurangkan tekanan sekaligus menceriakan petugas barisan hadapan (frontline) di daerah ini, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang menyantuni mereka.

Program disertai Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron yang meluangkan masa menyampaikan sumbangan kit makanan frontliner terlibat antaranya di SJR di Daerah Jasin dan PPV Dewan Alamanda.

Sumbangan tersebut sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sedikit sebanyak ia mengurangkan bebanan petugas terbabit yang mungkin tidak sempat untuk berehat dan memesan makanan demi tanggungjawab dilaksanakan.

MPJ sedaya upaya membantu mereka supaya dapat bekerja dengan lebih lancar.

Turut menjayakan program tersebut Mc Donald Merlimau yang menyumbangkan set makanan.

MPJ turut mengalu-alukan kerjasama daripada Badan-badan Korporat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin turut serta dalam program seumpama ini.

-MF-
Sumber : MPJ

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *