MAIM SERAH KIT MAKANAN

Marina Sahabudin

MELAKA – Sumbangan kit makanan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada Kerajaan Negeri Melaka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud bersama Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim.

Majlis penyampaian kit makanan dilakukan sebagai simbolik program tersebut.

Pendekatan ini antara faktor membantu kerajaan negeri mengurangkan beban rakyat Melaka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Turut bersama memyampaikan sumbangan kit makanan, Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Kumpulan Melaka Berhad (KMB), Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah terus menyumbang menerusi Tabung Musaadah Covid 19 MAIM melalui akaun
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nombor Akaun : 04015010006080.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *