TERUSKAN USAHA BANTU GOLONGAN TERJEJAS

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sabudin

BUKIT BARU – Usaha membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid 19 diteruskan di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan, dan jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Melaka serta Puteri UMNO Hang Tuah Jaya tidak ketinggalan menziarahi Flat Sri Siantan dan Kampung Musai, Pengkalan Batu bagi membantu golongan berkenaan.

Hasil daripada lawatan tersebut, terdapat ramai keluarga yang terkesan.

Ada di antara mereka mengalami kesempitan hidup akibat pekerjaan yang tidak stabil, diduga dengan masalah kesihatan hingga hilang pekerjaan dan ada yang tidak dapat membuat rawatan sempurna akibat kos yang tinggi.

Justeru, sejumlah sumbangan disampaikan dan semoga dengan pendekatan ini ia dapat membantu mereka menempuh tempoh sukar ini.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *