KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyarakan pendekatan serampang dua mata diamalkan bagi melindungi rakyat semasa pandemik Covid 19.
Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, kadar vaksinasi harus pertingkatkan dan usaha kurangkan kadar jangkitan diperhebatkan pada masa sama.
“Kita sokong penuh usaha meningkatkan vaksinasi kerana memang ini yang dituntut selama ini. Namun kita percaya vaksinasi di Malaysia sepatutnya sudah lama mencapai ‘herd immunity’.
“Iaitu selepas hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari. Iaitu dengan hanya mengambil kira 158,000 orang diberi suntikan sehari sejak 151 hari yang lalu.
“Tetapi apakan daya sehingga hari ini cuma kira-kira lima juta telah lengkap dua dos suntikan. Manakala mereka yang baru menerima satu dos suntikan sekitar 11 juta,” kongsinya menerusi laman sosial facebook rasminya.
Menurut Ahmad Zahid, bagaimanapun, kita sedikit lega apabila dimaklumkan lebih 400,000 dos suntikan diberi sehari.
“Iaitu selepas lebih 8,200 nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban akibat COVID-19. Dan petugas kesihatan kian terbeban untuk mencapai suntikan yang tinggi setiap sehari.
“Kita faham mereka mahu rakyat ‘happy’ dengan angka-angka suntikan harian vaksin yang tinggi ketika ini.
“Tetapi dalam masa sama kita kurang ‘happy’ dengan kes jangkitan pernah mencecah lebih 17,000 kes sehari,” katanya.
Begitu juga sentuhnya, keseluruhan kes jangkitan COVID-19 direkodkan di Malaysia sejak tahun lalu sudah lebih 1 juta.
“Entah mengapa kadar jangkitan meningkat seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi.
“Ini bermaksud sementara menunggu ketibaan ‘herd immunity’ masih ada nyawa berisiko terkorban,” kesalnya.
-MF-
Sumber : UMNO Online