MENANGI 2 UNIT HARTANAH

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

AYER KEROH – Orang ramai berpeluang memiliki dua unit hartanah menerusi Kempen Insentif Vaksinasi ‘Vax & Win serta hadiah bulanan bernilai hampir RM 1 juta.

Kempen anjuran korporat sosial (CSR) NCT Alliance Berhad (NCT Alliance) itu antara medium menyokong kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia juga sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia khususnya di negeri yang berusaha merealisasikan kerajaan ke arah imuniti kelompok.

Menurutnya, lima cabutan bertuah setiap bulan dilakukan khas untuk penduduk di negeri ini yang berjaya melengkapkan dua dos.

“Kempen ini akan bermula 1 Ogos hingga 31 Mac 2022.
dan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lengkap dua dos suntikan sama ada sebelum atau selepas tempoh kempen dilancarkan,” katanya selepas melancarkan kempen anjuran NCT Alliance Berhad itu di Kompleks Seri Negeri.

-MF-
sumber : Facebook Sulaiman Md Ali

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *