ZYA FAUZI
MELAKA – Van ‘Gerobok Rezeki Mobil’ diterima Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali diharap dapat memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan secara lebih efektif.
‘Gerobok Rezeki Mobil’ #TokLeman ini akan digunakan untuk membawa pelbagai barangan kelengkapan seperti kit makanan, kerusi roda, tongkat, beras dan banyak lagi ketika saya menyantuni golongan rakyat yang memerlukan dalam program kebajikan dan ziarah kasih yang diadakan.
Dengan kemudahan ini, Sulaiman yakin usaha menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan bantuan dapat dibuat dengan lebih cepat dan berkesan.
Semoga usaha dilaksanakan memberi pelbagai manfaat kepada golongan sasaran.
-MF-
Post Views: 522