Marina Sahabudin
MELAKA – TEKUN Nasional akan melancarkan skim pembiayaan tanpa caj bagi membantu memulih dan memulakan semula perniagaan mikro yang terkesan ekoran pandemik Covid-19.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, permohonan boleh dibuat bermula 15 Ogos 2021 nanti.
Menurutnya, terdapat dua program boleh diikuti termasuk Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 (had maksimum pembiayaan adalah RM10 ribu) dan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan
Mikro (CBRM) 2.0 (had maksimum sehingga RM20 ribu).
Jelasnya, usahawan dalam kategori First Close, Last To Open (FCLO) adalah disaran untuk memanfaatkan program ini.
“Dapatan kajian yang dijalankan MEDAC mendapati lebih 80 peratus daripada usahawan FCLO adalah dalam kalangan B40 serta ramai antara mereka tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi,” kongsi beliau menerusi laman sosial facebook miliknya.
-MF-