ADLY BANTU PENDUDUK VAKSINASI

Nazirah Hassan

BUKIT KATIL – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari turun padang membantu warga Bukit Katil mendapatkan vaksinasi.

Menerusi muat naik di laman muka buku beliau, Adly turut membawa mereka menghadiri temujanji vaksinasi secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Usaha Adly yang prihatin dalam memenuhi keperluan vaksinasi penduduk Bukit Katil telah mendapat pujian pengguna laman sosial facebook.

Sementara itu, Adly merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan pemberian vaksin berjalan lancar

Selain kesedaran awam, pihak berkuasa tempatan dan ADUN dari semua kawasan sekitar Melaka perlulah memainkan peranan bagi mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Setakat 12 Ogos 2021, seramai 416,386 warga Melaka telah berjaya melengkapkan dos pertama vaksin. Bilangan yang memberangasangkan ini merangkumi 44.6% daripada jumlah populasi warga Melaka.

Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, kerjasama daripada orang ramai untuk mengambil vaksin perlulah diutamakan bagi mencapai ‘herd immunity’ secepat mungkin.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *